Johar bahar antara pencipta lagu yang ulung turut menyanyikan lagunya Kau Selalu Di Hati Ku bersama Hasnah Yunus, dan Jamaludin Alias diiringi Orkes Rayuan Kencana di bawah pimpinan Ahmad Jaafar.
Terdapat versi lebih awal nayian solo Hasnah Yunus dengan orkes yang sama.
Penampilan Ernie Johan dengan pakaian ala hippi membawakan lagu juga bertajuk Kau Selalu Di Hatiku; antara lagu penyanyi ini yang digemari ramai.
Saya menghabiskan sebahagian besar hidup saya bekerja. Sekarang setelah pencen, terasa benar kesayuan bila mengenangkan pengalaman yang dilalui. Seperkara yang sangat terasa kehilangannya ialah kemesraan bersama rakan sekerja. Bagi saya, kepiluan timbul kerana seolah baru sedar hakikat itu. Seolah olah hanya kini, dalam suasana kesunyian, baru timbul penghargaan terhadapnya. Terfikir pula apakah sumbangan saya kepada kemesraan itu? Apakah saya hanya mengambil dan tidak pun menyumbang.Hakikatnya perhubungan semasa bekerja jauh berbeza dengan kawan satu sekolah atau satu kampung. Di tempat kerja perwatakan terpaksa dilakunkan sesuai dengan keadaan, peranan, matlamat dan cara. Kerap kali satu perkataan utama bila orang yang menceritakan hal saya – “garang”. Sebenarnya saya tersangat menghargai kemesraan dan kini terasa rindu pada saat saat yang sarat berisi dengannya.
Lagu asal ialah dari filem Kasih Tanpa Sayang keluaran MFP, arahan Omar Rojik. Lagu nyanyian Hamidah Zainal, ciptaan Osman Ahmad. Lirik ? Omar Rojik. Ada dua lagu lagi dari filem itu: Di Ambang senja (Ciptaan Yusoff B) dan Malaysia baru (ciptaan Kasim Masdor). Namun siapakah Hamidah Zainal?
Terjumpa lagu ini di You Tube. Masih segar di ingatan, walau lama benar tak dengar. Melodi, lirik dan suara yang unik. Anna Mathovani dengan Band Zainal Combo. Lagu ciptaan Jessy Wenas.
Antara Pria dan Wanita
Bila jejaka berkata, Hidupnya penuh duka, Waspadalah wahai wanita, Dia telah jatuh cinta.
Kita lari dikejarnya Kita kejar dia lari, Tapi dalam sinar matanya Dia tak mungkin berdusta.
Priya dan wanita, Inginkan kasih sayang, Tapi dalam caranya bebeda.
Sanyum selalu mulanya, Didalam perkenalan, Tapi ditengah kemesraan Mungkin muncul perpisahan. ——————————————
Priya dan wanita, Inginkan kasih sayang, Tapi dalam caranya bebeda.
Sanyum selalu mulanya, Didalam perkenalan, Tapi ditengah kemesraan Mungkin muncul perpisahan.
Dalam keheningan malam waktu bersahur, entah bagaimana lagu ini terlintas disanubari. Teringat zaman dahulu diakhir tahun lima puluhan dan awal enampuluhan. Sumber hiburan utama ketika itu ialah radio. Itu pun rumah aku sendiri tiada radio. Jadi mencuri curi dengar dekat kedai runcit. Lagu “Kisah Malam di Jalan Lembang” jarang jarang dapat didengar. Namun sangat teruja bila sekali sekala mendengarnya terutama liriknya yang penuh misteri. Dimana Jalan Lembang ini? Tempatnya bagaimana hanya dapat dibayangkan. Kini taip saja tajuk dekat YouTube, lalu terus dapat mendengar lagunya. Boleh pula google di mana Jalan Lembang dan makna lembang itu sendiri. Dapat kita menikmati perceritaan oleh lirik yang puitis. Untungnya dapat hidup hingga ke zaman dipenuhi teknologi moden. Dengar lagu ciptaan Saiful Bahari dengan senikata oleh Saleh Suwita dibawakan oleh biduanita Reno dan biduan Kontjo Lama
Kisah Malam Di Jalan Lembang
Kisah ku bagai nan lalu, Pahit terasa hempedu, Ku nanti nantikan di kau datang, Dengan hati risau kacau.
Penat sudah ku menghajat, Lalu lintas Jalan Limbang Di kau saja kunjung datang, Ah, nasibku malang.
Speda kumbang lalu, Bedebar hatiku, Ku sangka juwitaku, Beca yang berpacu, Ku kira kau singgah, Kesuma hatiku
Angin malam lalu, Menyapakan daku, Dimanakah kah kasihku Nun jauh disana, Cahaya bintang malam, Merajuk dan merayu
Unggas belalang gelak ketawa, Ku tertipu gadis jelita, Nyanyi bahagia, Ternyata hampa belaka
Malam hayal bila ku kenang, Airmata derai berlinang, Demikian kisah, Kisah malam di Jalan lembangL ———————————————
Unggas belalang gelak ketawa, Ku tertipu gadis jelita, Nyanyi bahagia Ternyata hampa belaka
Malam hayal bila ku kenang, Airmata derai berlinang, Demikian kisah, Kisah malam di Jalan lembangL
Entah bagaimana terjumpa lagu ini yang di sumbangkan P’Dhede Ciptamas61 di You Tube pada 20 Ogos 2019.
Versi asal ini cipataan P Hutabarat dinyanyikan oleh Nien Lasmana dengan iringan Orkes Kelana Ria dibawah pimpinan Oslan Hussein.
Versi yang saya ingat adalah dari nyanyian Jamal Muhamad atau lebih dikenali sebagai Jamal Kerdil, penyampai, penyanyi dan pelawak di RTM sekitar tahun 60han. Baru kini mengenal penyanyi asal lagu ini.
Melodi dalam rentak jazz perlahan dan liriknya sungguh berkesan membawa suasana kesepian dan kesedihan.
“Bila duduk termenung, jauh di malam sepi,
Mengenangkan nasib murung, nan menimpa di diri,
Mana jauh sanak kandung, tiada teman sejati,
Guna tempat ku berlindung, dan menyandarkan diri
Rasa sedih dan duka, bagai menyesak dada,
Kerna tak sorang pun mahu, mendekat menolong ku.
Oh angin nan sedang lalu, sebab apa begini,
Datang suaranya selalu, Itu kan hilang nanti”.