Petang Hari di Sawah

HAIKU

Dicelah pohon padi,
Dalam air jernih,
Ikan sepat bermain.

 

Sepat Haiku
Sumbangan: Kalthom Omar

Waktu kanak kanak (awal 60han) saya kerap kesawah. Jika berjalan diwaktu petang diatas batas, waktu padi bunting (sedang membesar dan baru nak berbunga), ketika bayu berhembus, dicelah pohon padi didalam air yang jernih, sering nampak ikan sepat merah (sepat ronggeng) atau biru bermain main.

Terdapat berbagai jenis ikan Sepat atau Gourami. Dikampung saya, ikan jenis kecil dipanggil ikan sepat sahaja. Sepat yang berwarna warni dan berbintikbintik dipanggil Sepat Ronggeng. Ikan sepat jenis besar dipanggil ikan Sepat Benua.
Ikan Kaloi juga adalah dari jenis Gourami.

Tinggalkan Jawapan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *