Sama Tajuk Lain Lagu

Johar bahar antara pencipta lagu yang ulung turut menyanyikan lagunya Kau Selalu Di Hati Ku bersama Hasnah Yunus, dan Jamaludin Alias diiringi Orkes Rayuan Kencana di bawah pimpinan Ahmad Jaafar.

Terdapat versi lebih awal nayian solo Hasnah Yunus dengan orkes yang sama.

Penampilan Ernie Johan dengan pakaian ala hippi membawakan lagu juga bertajuk Kau Selalu Di Hatiku; antara lagu penyanyi ini yang digemari ramai.

Bunga Anggerik

Bunga anggerik sejenis okid yang tumbuh secara natif di desa dan belukar di Malaysia malah seluruh Asia Tenggara dan benua India.

Gambar dari https://www.facebook.com/groups/320687938019302/

Sebenarnya bunga okid desa yang berwarna putih yang kembang lepas hujan tu (Dendrobium crumenatum, pidgeon orchid) seperti gambar diatas yang kita panggil bunga anggerik. Ia bukan nama umum untuk okid tapi nama khas.

Penanaman okid bukanlah budaya sejati kita malah dimulakan oleh pengutip dan pembiak pendatang dari Eropah. idak seperti bunga bunga lain, kita mengenali okid liar disekeliling rumah seperti anggerik.
Hakikat ini diceritakan dalam lirik lagu lama, “Bunga Anggerik”

“Apa dipandang kepada anggerik,
Tumbuhnya liar didalam hutan,
Mekar sehari, besok binasa,
Sebelum layu sudah pun mati.

Bukan memandang kepada cantik,
Pokok pangkalnya hati berkenan,
Kalau sesuai budi bahasa,
Sampai kekubur bersatu hati.

Bunga anggerik yang permai,
Memang molek dipakai.

Banyaklah bunga didalam taman,
Apalah guna anggerik di desa,
Molek pun tidak, wangi pun bukan,
Tidak sesuai untuk disunting.

Sungguhlah tuan bunga idaman,
Indah kerana budi bahasa,
Bukanlah cantik ditengah pekan,
Cantik berbuai dihujung ranting.

Bunga anggerik yang rendang,
Memang cantik dipandang.

Bunga berseri disinar malam,
Kumbang menari dengan cahaya,
Alam kekasih bunga dikarang,
Anggerik tak mungkin menukar ganti.

Sudah menjadi aturan alam,
Bunga penyeri taman bahgia,
Kumbang memilih bukan sebarang,
Anggerik didesa pujaan hati.

Bunga anggerik didesa,
Indah budi bahasa.”

Namun dalam filem ini bunga yang dipegang oleh seniwatinya (Seri Dewi), bukan bunga anggerik sebenar tetapi jenis Arachnis (okid labah-labah, spider orchid). Bukan itu sahaja kesilapannya malah didalam lirik pun disebut “wangi pun bukan”. Sebenarnya bunga ini harum baunya dan bukan “berbuai dihujung ranting” tetapi tegap dibatang pokok.

Lagu OST Filem Bawang Putih Bawang Merah ciptaan Pak Zubir Said. Senikata oleh S Roomai Nor. Penyanyi Kamariah Noor.
Filem keluaran Cathay Keris pada tahun 1959, diarah S Roomai Nor. Cerita diolah (lakun layar, penulis skrip) oleh Salleh Ghani. Hussain Haniff pula penyunting filem.

Kalau dihalusi dari aturan pengertian isi kata dalam rangkap lirik, lagu ini berupa lagu duet dan dalam lakunan pun dinyanyikan oleh dua pelakun berbeza. Selain Kamariah, adakah lagi seorang penyanyinya? Tidak pula. Tetapi korus lagu adalah naynyian beramai, seperti dalam kebanyakan filem Melayu ketika itu, para pelakun (Siti Tanjung Perak, Minah Yem, Ani Jasmin) turut bernyanyi.

Lagu ini dipersembahkan semula oleh kumpulan BERDUO.
Vocal : Asmidar, Guitar: Rafi. Versi mereka menampilkan vokal yang bersahaja namun jelas dan mantap dengan sebutan dialek Johor-Riau yang tepat. Iringan gitar akustik fingerstyle oleh Rafi nampak mudah tetapi berjaya membawa lenggok dan buai rasa asal melodi lagu ini.

Mesra Sesama Kita

HAIKU

Kita sembang mesra,
Tepi ban pinggir sawah,
Menyambut hari meriah.

Di Tepi Ban, di Pinggir Sawah (Gambar dari http://malayalani.blogspot.com/2010/10/mount-jerai.html)

Ketika sepupu saya melangsungkan majlis perkahwinan anaknya di kampungnya di negeri Kedah, kami adik beradik, saudara mara dan ipar duai berkumpul duduk berbual. Majlis persandingan dan hiburan gendang silat sudah selesai. Kami duduk ditepi rumah di tepi tali air di pinggir sawah ketika matahari telah condong ke barat dan angin petang berpuput perlahan. Sambil menikmati juadah sampingan yang biasa dihidangkan di kenduri begini: bubur kacang, apam lenggang dan kuih muih. Bualan sekitar keadaan masing masing, anak pinak serta sanak saudara yang masih ada dan bepergian. Kemesraan sangat terasa pada saat itu lalu terus terjalin.

KERINDUAN KEPADA KEMESRAAN

Saya menghabiskan sebahagian besar hidup saya bekerja. Sekarang setelah pencen, terasa benar kesayuan bila mengenangkan pengalaman yang dilalui. Seperkara yang sangat terasa kehilangannya ialah kemesraan bersama rakan sekerja. Bagi saya, kepiluan timbul kerana seolah baru sedar hakikat itu. Seolah olah hanya kini, dalam suasana kesunyian, baru timbul penghargaan terhadapnya. Terfikir pula apakah sumbangan saya kepada kemesraan itu? Apakah saya hanya mengambil dan tidak pun menyumbang.Hakikatnya perhubungan semasa bekerja jauh berbeza dengan kawan satu sekolah atau satu kampung. Di tempat kerja perwatakan terpaksa dilakunkan sesuai dengan keadaan, peranan, matlamat dan cara. Kerap kali satu perkataan utama bila orang yang menceritakan hal saya – “garang”. Sebenarnya saya tersangat menghargai kemesraan dan kini terasa rindu pada saat saat yang sarat berisi dengannya.

Lagu asal ialah dari filem Kasih Tanpa Sayang keluaran MFP, arahan Omar Rojik. Lagu nyanyian Hamidah Zainal, ciptaan Osman Ahmad. Lirik ? Omar Rojik. Ada dua lagu lagi dari filem itu: Di Ambang senja (Ciptaan Yusoff B) dan Malaysia baru (ciptaan Kasim Masdor). Namun siapakah Hamidah Zainal?

Kenangan oh Kenangan

Terjumpa lagu ini di You Tube. Masih segar di ingatan, walau lama benar tak dengar. Melodi, lirik dan suara yang unik. Anna Mathovani dengan Band Zainal Combo. Lagu ciptaan Jessy Wenas.

Antara Pria dan Wanita

Bila jejaka berkata,
Hidupnya penuh duka,
Waspadalah wahai wanita,
Dia telah jatuh cinta.

Kita lari dikejarnya
Kita kejar dia lari,
Tapi dalam sinar matanya
Dia tak mungkin berdusta.

Priya dan wanita,
Inginkan kasih sayang,
Tapi dalam caranya bebeda.

Sanyum selalu mulanya,
Didalam perkenalan,
Tapi ditengah kemesraan
Mungkin muncul perpisahan.
——————————————

Priya dan wanita,
Inginkan kasih sayang,
Tapi dalam caranya bebeda.

Sanyum selalu mulanya,
Didalam perkenalan,
Tapi ditengah kemesraan
Mungkin muncul perpisahan.