Ketika sepupu saya melangsungkan majlis perkahwinan anaknya di kampungnya di negeri Kedah, kami adik beradik, saudara mara dan ipar duai berkumpul duduk berbual. Majlis persandingan dan hiburan gendang silat sudah selesai. Kami duduk ditepi rumah di tepi tali air di pinggir sawah ketika matahari telah condong ke barat dan angin petang berpuput perlahan. Sambil menikmati juadah sampingan yang biasa dihidangkan di kenduri begini: bubur kacang, apam lenggang dan kuih muih. Bualan sekitar keadaan masing masing, anak pinak serta sanak saudara yang masih ada dan bepergian. Kemesraan sangat terasa pada saat itu lalu terus terjalin.
Memecah kesunyian malam (9)
Nada kasar burung tukang (12)
Irama beralun berulangan (10)
Ditengah sunyi malam ketika bulan terang kita mungkin mendengar suatu bunyi yang jelas, berulang ulangan dalam nada yang kasar. Bunyinya seakan orang orang mengetuk benda keras “tok-tok-tok’ atau tang-tang-tang. Kalau kita cuba mencari arah datangnya bunyi itu, kita akan gagal melihatnya, mungkin sekadar percaya ia datang dari atas pokok berdekatan.
Itulah bunyi bunyi burung tukang. Ia aktif di malam hari. Di waktu siang ia berada di sarangnya yang biasanya pada timbunan daun diatas tanah didalam semak. Namun begitu warnanya yang samar dan menyerupai persekitaran ia berada membuatkan ia sukar dikenali. Kita munkin dapat melihatnya ketika ia terbang bila terserempak dengannya.
“Angin yang menderu, Desiran daun kelapa, Memecah sunyi malam”
Ketika aku terbangun waktu tengah malam dan duduk diberanda chalet di Pasir Belanda, pohon kelapa bergoyang diterpa angin. Deruan angin dicelah pohon diiringi desiran daun lembut beralun datang dan pergi, naik dan turun mengikut perubahan lajunya angin, memecah kesunyian malam. Cahaya bulan yang sekejap terang dan sekejab kelam kerana ditutup awan menambah kepada suasana malam itu.
Lalu aku teringat kepada lagu lama yang dinyanyikan semula dengan begitu baik oleh penyanyi Sudirman Haji Arshad.
Lagu asal dicipta oleh R. Maroeti dan dinyanyikan oleh Juwita dengan iringan muzik oleh Orkes Dendang Kelana dibawah pimpinan Maroeti.
Lirik dan terjemahan Bahasa Inggeris.
VERSI BAHASA
Alangkah Indahnya Alam
Angin berbunyi Dipohon kelapa Membawa berita Khabar yang jauh
Sambil menyanyi Berbisik apa? Betapa indahnya Jika ku tahu Alangkah indahnya alam
Musim mengawan
Gerombolan anjing, jantan betina Berkumpul, berkeliaran
Gerombolan
Selalu di lihat di sekitar taman kediaman dimana saja, pada tempoh tertentu terdapat anjing berkumpul dalam bilangan yang agak banyak. Kumpulan ini (jantan dan betina dewasa) mundar mandir bersama didorong oleh naluri semula jadi iaitu keinginan mengawan.