HAIKU
Lewat petang,
Sekawan itik, sebaris,
Berjalan pulang.
Semasa kecil saya membantu emak membela itik. Diawal pagi itik dilepaskan dari reban. Semuanya dalam satu kumpulan akan terus berjalan merentas kampung ke kawasan sawah lebih kurang 500-750 meter dari rumah kami. Mereka mencari makan di sana sepanjang hari. Pada lewat petang, itik itik ini pulang sendiri sekawan dan sebaris memintasi halaman atau belakang rumah orang hingga sampai ke rumah kami semula. Emak akan memberi mereka makanan tambahan berupa dedak, nasi sejuk dan sisa ikan yang direbus. Kala senja, saya kan menghalau mereka masuk reban. Itik itik betina akan bertelur dan saya akan mengutip telur itu keesokan harinya. Telur jarang dimakan tapi dijual dan duit hasil jualan menjadi duit poket sekolah untuk saya (sepuluh sen untuk makan dan sepuluh sen untuk tambang bas) dan adik-adik.
Gambaran itik berjalan pulang diwaktu petang diabadikan dalam senikata lagu bertajuk “Nona Singapura” nyanyian R Azmi.
Senikatanya berbunyi:
Macam itik pulang petang,
Dia jalan melenggang,
Bibirnya merah
Bak delima merekah
Kain nya tinngi sebelah
Betisnya membayang
Itu dia nona Singapura
Itu dia nona Singapura
Bajunya jarang,
Hai, ketat dipinggang
Bunga didepan
Bunga dibelakang
Pinggang ramping
Diikat keras keras
Sampai susah bernafas
Rambut hitam
Ikal mayang
Keriting palsu mengerbang
Pakai sepatu
Buat dari kayu
Tas tangan plastik
Tersangkut dibahu
Itu dia nona Singapura.
Itu dia nona Singapura.
Tudung pelangi
Hai, tak pakai lagi
Bajunya basah
Mandi air wangi
Orang kata semua tolak tepi,
Asal senang dihati.
Orang kata semua tolak tepi,
Asal senang dihati.
Itu dia nona Singapura.
Itu dia nona Singapura.
Macam itik pulang petang,
Dia jalan melenggang,
Bibirnya merah
Bak delima merekah
Kain nya tinggi sebelah
Betisnya membayang
Itu dia nona Singapura
Itu dia nona Singapura