KERINDUAN KEPADA KEMESRAAN

Saya menghabiskan sebahagian besar hidup saya bekerja. Sekarang setelah pencen, terasa benar kesayuan bila mengenangkan pengalaman yang dilalui. Seperkara yang sangat terasa kehilangannya ialah kemesraan bersama rakan sekerja. Bagi saya, kepiluan timbul kerana seolah baru sedar hakikat itu. Seolah olah hanya kini, dalam suasana kesunyian, baru timbul penghargaan terhadapnya. Terfikir pula apakah sumbangan saya kepada kemesraan itu? Apakah saya hanya mengambil dan tidak pun menyumbang.Hakikatnya perhubungan semasa bekerja jauh berbeza dengan kawan satu sekolah atau satu kampung. Di tempat kerja perwatakan terpaksa dilakunkan sesuai dengan keadaan, peranan, matlamat dan cara. Kerap kali satu perkataan utama bila orang yang menceritakan hal saya – “garang”. Sebenarnya saya tersangat menghargai kemesraan dan kini terasa rindu pada saat saat yang sarat berisi dengannya.

Lagu asal ialah dari filem Kasih Tanpa Sayang keluaran MFP, arahan Omar Rojik. Lagu nyanyian Hamidah Zainal, ciptaan Osman Ahmad. Lirik ? Omar Rojik. Ada dua lagu lagi dari filem itu: Di Ambang senja (Ciptaan Yusoff B) dan Malaysia baru (ciptaan Kasim Masdor). Namun siapakah Hamidah Zainal?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s