Penemuan Tak Disangka

Entah bagaimana terjumpa lagu ini yang di sumbangkan P’Dhede Ciptamas61  di You Tube pada 20 Ogos 2019.

Versi asal ini cipataan P Hutabarat dinyanyikan oleh Nien Lasmana dengan iringan Orkes Kelana Ria dibawah pimpinan Oslan Hussein.

Versi yang saya ingat adalah dari nyanyian Jamal Muhamad atau lebih dikenali sebagai Jamal Kerdil, penyampai, penyanyi dan pelawak di RTM sekitar tahun 60han. Baru kini mengenal penyanyi asal lagu ini.

Melodi dalam rentak jazz perlahan dan liriknya sungguh berkesan membawa suasana kesepian dan kesedihan.

“Bila duduk termenung, jauh di malam sepi,
Mengenangkan nasib murung, nan menimpa di diri,
Mana jauh sanak kandung, tiada teman sejati,
Guna tempat ku berlindung, dan menyandarkan diri

Rasa sedih dan duka, bagai menyesak dada,
Kerna tak sorang pun mahu, mendekat menolong ku.
Oh angin nan sedang lalu, sebab apa begini,
Datang suaranya selalu, Itu kan hilang nanti”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s