Lagu “Semua Bisa Bilang” ciptaan Charles Hutagalung dan dipopularkan oleh Jack Lesmana dalam rentak jazz dimain semula dalam rentak keroncong oleh kumpulan Kir Brothers dengan begitu baik.
Setiap perkataan dalam lirik lagu ini disebut dengan ringkas bersesuaian dengan kerancakan rentak aslnya iaitu rentak jazz yang memerlukan ungkapan pendek pada setiap baris. Namun pada saya, ayat ayat padat itu kerkesan kerana ia menceritakan tema biasa mengenai cinta, yang tidak perlu diperjelaskan.
Kalau kau benar benar sayang padaku,
Kalau kau benar benar cinta,
Tak perlu kau katakan semua itu,
Cukup tingkah laku.
Sekarang apalah artinya cinta,
Kalau hanya dibibir saja,
Cinta itu bukanlah main mainan,
Tapi pengorbanan.
Semua bisa bilang sayang,
Semua bisa bilang,
Apa artinya sayang,
Tanpa kenyataan.
Kalau kau benar benar sayang padaku,
Kalau kau benar benar cinta,
Tak perlu kau katakan semua itu,
Cukup tingkah laku.
Lagu asal berentak jazz nyanyaian Margie Segers
Lagu asal dari Charles Hutagalung